Sunday, March 24, 2013

Tren akan berlepas.....




Merentasi masa....Perkhidmatan keretapi atau tren telah menjadi sinonim dengan masyarakat dalam menguruskan hidup samada pergi dari satu tempat ke tempat lain, untuk tujuan perjalanan kerja atau bersosial di semua negara. Kat sini pasti terimbau saat-saat indah masa lalu ketika menuju destinasi. Gerabak kereta mempunyai tingkap yang boleh di buka dan tutup dengan menarik dari atas ke bawah. Waalau pun masa itu penghawa dingin tak di gunakan secara meluas namun udara segar di hirup tatkala tren melaui perkampungan atau banjaran tanah dan sawah. Sungguh menyeronokkan.  Mungkin waktu itu bahang cuaca tak begitu panas seperti sekarang akibat pembangunan yang begitu terdesak namun seorang merasa selesa di dalam koc di tiup angin kipas. Sambil itu kedengaran lagu keluar dari corong radio....



Jika terasa lapar jangan risau kerana ada penjaja naik ke koc, menjual makanan-makanna atau beli sahaja melalui tingkap setelah tren berhenti di stesyen-stesyen. Kuih muih, nasi lemak, kacang ada lah antara juadah pilihan di jual kepada penghuni koc, termasuk air-air bungkus sekali. Suasana agak riuh kerna masing-masing ingin melakukan barangan mereka. Bagi penumpang suasana cukup meriah ketika itu. Tidak cukup dengan itu ada juga menjual kain juga, sekali sekala.
Suasana bertambah gamat bila tiba musim perayaan, maka tiket keretapi lah yang paling laris terutama menjelang Hari Raya. Ada ketika nya di koc kelas 3, penumpang yang tidak mempunyai tempat duduk, maka duduk lah mereka di lantai, beg-beg atau di tangga tren sahaja. Pernah di satu ketika malam raya, tren yang dipenuhi penumpang, ada segelintir anak muda masang lagu raya dalam tren dan juga menyalakan bunga api keluar dari tren...Pasti nya keadaan sebegitu tak di rasai kini namun ramai memilih perjalanan dengan keretapi yang pasti menyeronokkan dari menaiki kereta.