Friday, April 20, 2012

Desa nan permai

Merentasi masa....teringat kampung halaman nan indah permai waktu masih kecil keanak-anakan, tak kira siapa saja pasti terimbau waktu itu. Rumah kampung beratap rumbia, pelepah atau zink sekalipun pasti mencuit perasaan, dinding  , tangga, tingkap , kebanyakan nya yang dulu pasti mempunyai ukiran krawang bagi menampakan seri nya. Bagi generasi baru kurang merasai keadaan rumah antik begini yang terasa nyaman sekali walaupun tanpa kipas, terasa angin mendayu-dayu di di dalam nya, terutama waktu pagi, selepas hujan, kerana bumbung di buat tinggi, ada dua lapisan di atas nya. Di kerumuni pokok-pokok daunan tumbuh menghijau, menari-nari apabila di tiup angin, keliling nya batang buluh bergesel-geselan, dan sesekali air embun mengalir menyusuri ranting kayu, terus jatuh membasahi tanah.
Bagi kebanyakan nya ada sungai, terusan atau taliair membuat susurgalur ke tanah. Hembusan angin yang bertiup sungguh menyegarkan, terasa bagai di tiup-tiup ke seluruh badan. Bagi yang suka, apa salah nya mandi di sungai atau di lombong selkalipun kerana air nya sungguh sejuk. Teringat waktu kecil, pelepah batang pisang di potong di jadikan sampan, dan bagi yang tak pandai berenang hati-hati lah..Takpe ada mereka yang tua sentiasa memerhati.

Di kampung ada ladang tanam-tanaman atau sawah padi luas terbentang. Duduk saja di situ terdapat pokok manggis, rambutan, machang dan tak lupa durian di dahan tinggi. Guna lah galah kalau takut panjat tapi hati-hati banyak semut kerengge kat situ. Letih-letih kita guna lastik tembak buah atau burung yang juga suka makan buah. Dan terdengar lah lagu kegemaran waktu itu di dendangkan J.Mizan...
 
Itu lah keindahan desa nun jauh di sana, mengamit siapa saja yang sudi melangkah kaki, jangan lah ia di  lupakan tapi cerita lah pada anak-anak cucu betapa seronok nya keadaan ketika itu. Tentu mereka menghargai sama......Nanti kan lagi cetusan rasa, nostalgia bersama.... 

No comments:

Post a Comment